October 3, 2013

End of September

Told you.

Good thing is bound to happen in September.

Mula-mula, birthday abah.

Pastu convoy+road trip dengan kuantan family pergi KL. Tiga biji kereta tau tak. Gara-gara nak tengok Yuna ngan pergi Matta Fair punya pasal. Dah la plan pukul 9 gerak, pukul 11 baru masuk kete. Hanif kat KL siap boleh ronda KLCC belikan kitorang coklat. Habis tengok Yuna-yang-super-ohsem-cantik-gila-babeng, lepak Publika. tempat biasa kalau datang KL, wajib datang sini nak pekena lasagna. Tapi sedih, sebab malam tu tade lasagna. Sobs. Tapi, tapi, rupa-rupanya, budak budak ni bergabung dengan Elly ngan Paan buat surprise birthday aku. Wuwuwuwuwuwu. Seminggu awal tu. Memang betul surprise aa citer dia. Dapat red velvet whisk yang sedap sanngattttttt. Okay leleh ayaq liuq cheq dok terbayang kek memalam buta nih.

Bila balik kuantan, semorang da lembik. Besok masuk kerja, sekor sekor lemau. Seminggu pulun, buat kerja kaw kaw. Tiap petang kena paksa pergi jogging sebab ade marathon on 22 Sept. KENA PAKSA DIRI lari pusing satu tasik. Plus, rutin hujung minggu panjat bukit da kene kacau dok pi KL. Kalau minggu lepas pi KL sebab Yuna, minggu kedua pi kenduri kahwen pulak! Aku ni, kalau pergi KL, memang objektif perjalanan sepanjang di KL tu, MAKAN. Segala ape yang tade kat Kuantan, wajib dilunaskan semasa di KL. Balik Kuantan pon lambat sebab pergi singgah beli makanan. Senonoh sangat perangai kau ni perempuan.

Masa minggu kedua ni jugak aa, Izzat na fly UK dah. Izzat sebagai satu satu manusia dalam gengkuantan yang ada kat Kuantan, yang teman aku kat sini, bila dia na fly, terasa kosong wey hati ni. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dan demi memujuk hati yang lara, harus lah pegi dinner together-gether. MAKAN lagi. Esok tu, Izzat jemput MAKAN dekat rumah dia pulak.

Lepas tu, minggu ketiga, marathon bersama lelaki lelaki perkasa. Citer dia, wajib la aku kene tinggal kan. So, aku pon ikot belakang bontot amoi paling mantap sekali. Orang kata, semangat nak berlari tu kena ada. Haha. Lepas berlari 10km, balik rumah, siap siap pergi kenduri kahwin. KENDURI = MAKAN. Sia-sia kan lari jauh jauh lepas tu pi makan. ta cukup makan kat kenduri, pi sambung makan dessert dekat Kula Cakes. First dessert house in Kuantan I think. Cool and cozy place to chill out sambil gemukkan badan.

Minggu terakhir bulan September, pon ade kenduri kawen jugak lagi. Plus with, adik kesayangan balik dari Tangkak. Haruslah aku menunaikan perut monster sang Adik yang teringin na makan itu ini. Dia cuti 5 hari. 5 hari aku ikot perut dia nak makan ape. Bahagia betul tengok perut memboyot sampai pakai dress serupa orang mengandung perut ni haaa. Buruk benor ghupenya.

Habis cerita bulan Sembilan aku.

Konklusinya di sini, kita dapat lihat, makanan itu sahaja cukup untuk membahagiakan aku. Ptuih. Senang betul nak buat aku bahagia sebenarnya.